

Sunday, 28 July 2013
[Artikel] Adam Buka Pusat Rawatan
20:54
Artikel, Mohd Aizam At Taibun
Oleh : Editorial MH
Tarikh : 24 Julai 2013
Minat yang mendalam tentang ilmu perubatan Islam telah mendorong bintang Akademi Fantasia 2, Adam untuk membuka pusat rawatan islamnya sendiri iaitu Nur Khalifah Al-Hasani yang terletak di Cova Square, Kota Damansara.
Memulakan operasinya pada bulan Julai, pusat rawatan ini menjalankan rawatan berteraskan penghayatan Tauhid, Al-Quran dan doa yang memfokuskan kepada rawatan masalah gangguan jin, masalah zahir dan masalah kekeluargaan.
Kepada mereka yang ingin mendapatkan rawatan alternatif di Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani, waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 10 malam tanpa perlu membuat sebarang temu janji.
Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-6142 2919 atau 016-2457919 atau layari www.nurkhalifah.com.
Sumber : Media Hiburan Online