Dewasa ini, kebanyakan daripada kita tidak menyedari bahawa kita mempunyai pelbagai kesakitan yang datangnya daripada bentuk gangguan makhluk halus. Ada kalanya, kita akan ingat ianya merupakan kesakitan sementara seperti sakit-sakit badan, batuk yang berpanjangan dan sebagainya. Perubatan moden pula kadang kala tidak dapat menentukan jenis sakit yang dialami.
Makhluk halus adalah makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SWT tanpa jisim dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Mereka hidup dalam alam yang dinamakan 'alam ghaib' dan kejadiannya berunsurkan 'cahaya dan api'. Makhluk halus yang kejadiannya berunsurkan cahaya adalah malaikat. Manakala makhluk halus yang kejadiannya berunsurkan api pula terdiri daripada jin, iblis dan syaitan.
Firman ALLAH SWT :
"Dia telah menciptakan manusia daripada tanah liat kering seperti tembikar dan Dia telah menciptakan jin daripada lidah api yang menjulang-julang" - Surah Al-Rahman, Ayat 14-15
Iblis dan syaitan serta kuncu-kuncunya sentiasa melaksanakan tugasan yang diberikan untuk mencari peluang bagi menyesatkan manusia tanpa rasa jemu. Mereka hanya akan menunggu masa sekiranya manusia lalai dalam mengingati ALLAH SWT. Ketika itulah mereka akan berterusan untuk membisikan tipu daya ke dalam hati manusia untuk membuatkan manusia terbuai dengan kepalsuan dan kebatilan serta hanyut dalam kelalaian mengingati ALLAH SWT.
Justeru, akan timbul pelbagai masalah berikutan dengan gangguan jin pada diri kita. Sekiranya tidak disembuhkan, lama kelamaan ianya akan mampu menguasai diri manusia. Pihak kami menyediakan khidmat rawatan untuk pemeriksaan awal bagi melihat sendiri sama ada pesakit mengalami gangguan jin ataupun tidak. Sila hubungi kami dengan kadar segera sekiranya pesakit sudah mulai mempunyai tanda-tanda yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Antara penyakit yang sering hadir melalui gangguan jin ini adalah :
- Saka Baka
- Sihir
- Santau
- Dampingan
- Histeria
- Pengasih
- Pagar Rumah / Kawasan
- Barang Pusaka
- Menuntut Ilmu Yang Salah
Sumber Maklumat :
Seminar Membongkar Tipu Daya Jin, Iblis dan Syaitan oleh Pusat Rawatan Alternatif Islam Nursalam Al-Maliki, 15 Julai 2012, Masjid Putra, Putrajaya