photo Bismillah_zps900cffcc.jpg
 photo mvable1_zps3a249748.gif

Saturday, 21 September 2013

[Tazkirah] Bagaimanakah Cara Rasulullah SAW Mengawal Kemarahan?

Nabi Muhammad SAW tidak pernah menunjukkan kemarahan Baginda terhadap golongan kafir Quraisy yang sentiasa bertindak di luar batasan terhadap kaum Muslimin. Bahkan, Baginda sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh hikmah. Bagaimanakah cara Rasulullah SAW mengawal kemarahan?
Rasulullah SAW menunjukkan beberapa panduan kepada kita bagaimana menguruskan sifat marah. Rasulullah SAW sentiasa menasihati para sahabat agar berwaspada dengan sifat marah.

Jangan Marah

Seorang sahabat Abu Hurairah r.a. telah meminta Baginda SAW menasihatinya. Rasulullah SAW bersabda; “Jangan marah”. Larangan ini diulang oleh Rasulullah SAW beberapa kali. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Malik dan Tirmizi).

Begitu juga dengan seorang lagi sahabat yang bernama Abdullah bin Amru. Beliau bertanya Rasulullah SAW tentang sesuatu yang boleh menyelamatkan dirinya daripada kemurkaan Allah. Baginda SAW menjawab perkara yang sama iaitu, “Jangan Marah”.
.
Dalam suatu kejadian, seorang sahabat meminta nasihat daripada Rasulullah SAW lalu Baginda bersabda, “Janganlah kamu marah.” Sahabat lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Rasulullah SAW “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat yang lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka sabda Rasulullah SAW “Janganlah marah!”

Mohon Perlindungan Kepada Allah

Dari Sulaiman bin Surad r.a., katanya: “Saya duduk bersama Rasulullah SAW dan terdapat dua orang yang saling bermaki-makian antara satu sama lain. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesar urat lehernya, kemudian Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya aku mengetahui suatu ucapan yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (iaitu kemarahannya), iaitu andai kata dia mengucapkan : “A’udzu billahi minasy syaithan,” tentulah lenyap apa yang ditemuinya itu.”

Orang ramai lalu berkata padanya (orang yang merah padam mukanya tadi) : “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah daripada syaitan.” Lelaki itu menjawab : “Adakah aku gila (sehingga aku perlu meminta perlindungan daripada syaitan)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari).

Siapakah Orang Yang Paling Kuat

Suatu ketika, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah SAW lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang banyaknya berperang (selalu menumpaskan orang lain); Sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
.
Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya kita menahan diri daripada  sifat marah. Banyak insiden yang tidak diingini boleh dielakkan sekiranya kita berjaya menahan marah.

Rasulullah SAW menunjukkan ‘Qudwah’ yang baik ketika sedang marah. Dalam satu kejadian, seorang Arab Badwi telah menarik pakaian Rasulullah SAW sehingga meninggalkan kesan merah pada leher Baginda. Lelaki Arab tersebut menuntut agar Rasulullah SAW memberikan wang kepadanya. Rasulullah SAW hanya tersenyum dan mengarahkan seorang sahabat menunaikan permintaan lelaki tersebut.

Rasulullah SAW Juga Manusia Biasa

Sebagai manusia biasa, Rasulullah SAW juga berasa marah. Namun Rasulullah SAW tidak pernah menunjukkan kemarahan itu dengan lidah atau perbuatannya. Apabila Baginda marah, para sahabat mengetahuinya dengan melihat wajah Baginda berubah menjadi merah dan peluh menitis di dahinya. Baginda juga akan senyap untuk beberapa bagi mengawal rasa marahnya.
.
Firman Allah :
“Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah At-Taghabun ayat 14).

Rasulullah SAW menjanjikan balasan yang baik di akhirat kepada sesiapa yang berjaya menahan marahnya. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Baginda bersabda; “Sesiapa yang menahan marahnya sedangkan dia mampu melempiaskan marahnya, Allah سبحانه وتعالى  akan memanggilnya dari kalangan makhluk pada hari kiamat dan dia diberi peluang memilih bidadari yang ia sukai di syurga.”

Monday, 12 August 2013

[Artikel] Gua : Hijrah Adalah Antara Saya Dengan Allah

Online Gua.com.my : 23 Ogos 2013 : Oleh Kamaruddin Razal
Artikel Sebenar Klik di Sini

Penyanyi kelahiran program realiti 'Akademi Fantasia' musim kedua ini telah mula menjinakkan diri dengan menimba ilmu dalam bidang perubatan Islam. GUA menemui Adam di Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani, Kota Damansara dalam satu sesi temubual mengenai bidang baru yang sedang didalaminya ini.

“Saya mula berjinak sejak penghujung tahun 2010. Pada awalnya, saya belajar dengan pak cik saya. Dia bukan seorang pengamal perubatan Islam tetapi dia membantu ahli keluarga terdekat jika terdapat sebarang masalah. Bila saya tengok pak cik saya, timbul rasa minat untuk membantu orang.

"Sekarang saya belajar dengan guru saya, Sheikh Firdaus At Taibun Al Makki. Selepas saya belajar dengan pak cik saya, saya dipertemukan dengan Sheikh Firdaus dan saya belajar ilmu agama dengan beliau. Lepas saya belajar ilmu agama, baru saya tahu yang di dalam Islam itu sendiri salah satu cabangnya adalah perubatan. Jadi terdetik dalam hati saya, kenapa tidak saya mendalami ilmu agama dan saya menghubungkannya dengan ilmu perubatan Islam,” jelas pemilik nama Mohd Aizam Mat Saman ini.

Ketika diminta mengulas mengenai kerjaya seninya memandangkan dia kini sedang mendalami ilmu perubatan Islam, Adam berkata dia ada rencana untuk memperlahankan aktiviti seninya.

“Kerjaya seni saya masih berlangsung seperti biasa. Kerjaya masih rancak seperti dulu tetapi saya ada perancangan untuk memperlahankannya. Bakal menyusul adalah ‘single’ terbaru saya yang berentak rancak berjudul "Penggodam Jiwa", ciptaan Edry Abdul Halim selepas Syawal ini.

"Walaupun saya berada dalam lapangan seni, saya berdoa agar tidak lalai dengan keduniaan dan kerjaya semata-mata. Saya mengambil inisiatif untuk mendalami ilmu agama. Ada orang cakap saya sudah berhijrah tapi sebenarnya saya kurang selesa dengan gelaran itu.

"Hijrah adalah antara saya dengan Allah. Saya tidak pernah pun mengeluarkan kenyataan yang mengatakan saya sudah berhijrah. Saya lebih selasa jika saya digelar seorang yang sedang dan masih mendalami ilmu agama,” ulas Adam panjang lebar.

“Kita kena sentiasa berhati-hati. Semakin kita dekat dengan Allah, semakin besar ujian. Masyarakat akan sentiasa memandang. Bila kita menuju ke arah kebaikan tapi kita buat kesilapan sedikit dalam perjalanan itu, orang akan bercakap.

"Jadi bagi saya, langkah harus diambil satu persatu dengan perlahan-lahan. Kita manusia tak lari dari melakukan kesilapan. Sesiapa jua atas muka bumi ini pasti ada salah dan silapnya,” ujar Adam lagi yang lebih selesa mengenakan jubah bersama serban sebagai pakaian hariannya.

Adam menyatakan yang ada orang salah faham dengan penampilannya yang mengenakan jubah dan serban.

“Bila saya keluar, jubah adalah pakaian saya. Bila saya sarungkan jubah, secara automatik saya akan mengenakan serban sekali. Bila orang jumpa saya diluar ada orang berkata yang saya menyertai jemaah tabligh. Ingin saya betulkan di sini kerana saya bukan jemaah tabligh. Orang telah salah sangka dengan penampilan saya,” jelas Adam.

Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al Hasani
Baru sahaja ditubuhkan sekitar pertengahan Julai lalu, masih belum ramai yang mengetahui tentang kewujudan pusat rawatan Islam ini. Pusat rawatan Islam yang terletak di Kota Damansara ini ditubuhkan Adam bersama gurunya, Sheikh Firdaus.

“Pusat rawatan ini baru sahaja memulakan operasi. Rawatan yang kami sediakan adalah berteraskan penghayatan tauhid, doa dan Al-Quran yang menjadi penyembuh penyakit itu sendiri. Antara rawatan yang disediakan adalah yang ada kena mengena dengan penyakit zahir seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan lain-lain lagi. Selain itu, rawatan sakit yang melibatkan gangguan jin seperti santau, saka, sihir dan lain-lain lagi boleh didapati di sini,” cerita Adam.



Beroperasi mulai jam 10 pagi hingga ke 10 malam, Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al Hasani terletak di NW-3A-20, Cova Square, Jalan Teknologi, Kota Damansara berhadapan Kolej SEGI. Jika terdapat sebarang pertanyaan yang ingin diajukan, hubungi 03-6142 2919 atau 016-245 7919.

Saturday, 3 August 2013

[Artikel] Harian Metro : Adam Buka Pusat Rawatan

Harian Metro : 02 Ogos 2013 : Oleh Ramlah Zainal

Berhijrah ke arah keagamaan dan mendalami bidang rawatan perubatan Islam bukan bermaksud penyanyi Adam AF mahu bersara daripada bidang seni memandang­kan bidang itu sudah sebati dengannya sejak dulu. Penyanyi kelahiran Kota Kinabalu, Sabah dan pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman, 30, ini berkata, buat masa ini periuk nasinya adalah dalam bidang seni dan dia akan terus mencari rezekinya dalam bidang ini.

“Kalau ikutkan hati memang saya nak tinggalkan terus bidang seni, tapi nampaknya sekarang inilah rezeki saya. Jika tidak saya akan tumpukan pada rawatan perubatan Islam,” katanya. Namun, ada pihak yang menganggap dirinya kini dalam ‘dua karakter’ berbeza iaitu penyanyi berimej ranggi di pentas dan imej ustaz. Bagi Adam, dia menganggap dirinya belum layak untuk dipanggil ustaz. 

ADAM bersyukur dengan anugerah Tuhan diberikan kepadanya.

“Saya masih belajar dan ilmu Allah SWT ini juga tidak akan habis untuk dipelajari. Saya juga berubah secara perlahan-lahan dan bukannya secara drastik. “Saya juga masih memenuhi undangan per­sembahan seperti biasa dan bila tidak ada ‘show’ barulah saya fokus pada rawatan perubatan Islam yang mula sebati dalam diri ini,” katanya. 

Mengulas lanjut per­kembangan karier seni­nya pula, kata Adam, dia kini bergerak secara solo tanpa kumpulan VIP yang sudah berpecah dan membawa haluan masing-masing. “Saya putuskan untuk berpecah de­ngan kumpulan VIP kerana saya perlu fokus pada bidang perubatan Islam yang baru diceburi ini. “Lebih baik kami berpecah kerana saya bimbang tidak dapat memberi komitmen dengan kumpulan kerana sibuk mendalami ilmu perubatan Islam ini,” katanya. 

Dalam pada itu, Adam bakal muncul dengan single terbarunya selepas Aidilfitri nanti. “Ia berjudul Peng­godam Jiwa dan dicipta Edry KRU. Insya Allah, saya juga merancang untuk tampil dengan lagu bercorak keagamaan selepas ini sebagai medium untuk saya berdakwah kepada generasi muda di luar sana,” katanya. Sempena Aidilfitri tahun ini, Adam akan menyambutnya di kampung halamannya di Kampung Inanam Laut, Kota Kinabalu, Sabah selama seminggu sebelum kembali ke ibu kota. 

Impian jadi nyata Selepas melalui pelbagai rinta­ngan, akhirnya impian Adam untuk menubuhkan pusat rawatan Islam sendiri menjadi kenyataan. Pusat Rawatan Islam Nur Khalifah Al-Hasani di Kota Damansara ini ditubuhkan Adam bersama gurunya, Sheikh Firdaus At Taibun Al Makki mula beroperasi sejak Julai lalu. Menurut Adam, dia menimba ilmu perubatan Islam dengan Sheikh Firdaus selama dua tahun sebelum memiliki keyakinan untuk merawat orang lain. 

“Pada mulanya, saya belajar rawatan perubatan Islam de­ngan bapa saudara di Sabah kerana mengubati ahli keluarga yang sakit. “Minat saya untuk mendalami ilmu agama dan perubatan Islam semakin bertambah apabila saya dipertemukan dengan Sheikh Firdaus ketika menunaikan umrah pada 2011. Apabila saya sendiri berasa ada yang tidak kena de­ngan diri saya, Sheikh juga membawa saya ‘berubat’ dengan bapanya yang juga pemilik Pusat Rawatan Alternatif Islam Nursalam Al Maliki di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Menurutnya, selepas sembuh dia bertekad untuk berguru ilmu perubatan Islam dengan bapa kepada Sheikh Firdaus dan beliau sendiri untuk membantu merawat orang lain pula. Hasil pengalaman itu, Adam kini semakin yakin untuk merawat sendiri. Kata Adam, rawatan yang disediakan adalah berteraskan penghayatan tauhid, al-Quran dan doa yang menjadi penyembuh penyakit. 

“Antara rawatan yang disediakan di pusat ini membabitkan masalah gangguan jin seperti saka, sihir, santau, dampingan, histeria, pengasih, pagar rumah dan menuntut ilmu salah. “Selain itu, masalah zahir seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, gout, kegagalan buah pinggang, lemah jantung, gastrik, ulser dan kanser. Ini termasuk masalah keluarga dan sosial seperti rumah tangga, remaja bermasalah, hilang keyakinan diri, tekanan, fobia, ketagihan dadah, rokok dan sebagainya,” katanya. 

Pusat Nur Khalifah Al-Hasani beroperasi mulai jam 9 pagi hingga jam 10 malam setiap hari. Maklumat lanjut hubu­ngi talian 03 61422919; 016 24579; emel nurkhalifah.alhasani@gmail.com atau layari laman web www.nurkhalifah.com.

Sunday, 28 July 2013

[Perunding] Perunding Perubatan Alternatif Islam Nurkhalifah Al-Hasani

Perunding Perubatan Alternatif Islam Nurkhalifah Al-Hasani terdiri daripada tiga orang khalifah ALLAH SWT, iaitu :
Mohd Aizam At-Taibun (Adam AF)
- Mohd Fathil At-Taibun
- Sheikh Firdaus At-Taibun

Dengan pengalaman dan pengetahuan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT, in shaa ALLAH semua perunding perubatan Islam kami akan berusaha bersama-sama anda untuk menyembuhkan kesakitan yang dialami dengan izin ALLAH SWT. 

Segala yang dilakukan ini adalah semata-mata untuk mengharapkan keredhaan ALLAH SWT dan ianya telah menjadi tanggungjawab kita sebagai saudara Islam untuk membantu saudaranya yang lain. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan dalam pelbagai isu berkaitan penyakit atau gangguan serta inginkan serba sedikit nasihat sebagai panduan, in shaa ALLAH pihak kami akan cuba membantu.

Sila telefon atau emel kami di nurkhalifah.alhasani dan berikan masa dalam 48 jam untuk kami membalas emel anda. Segala perkara dan kejadian baik yang berlaku itu datangnya daripada ALLAH SWT dan yang kurang itu daripada pihak kami sendiri. In shaa ALLAH, usahalah bersama-sama untuk menyembuhkan diri dengan hati yang ikhlas ketika beribadah kepada ALLAH SWT, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah dalam mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Salam Ukhuwah,
Perunding Perubatan Pusat Rawatan Alternatif Islam Nurkhalifah Al-Hasani

[Masalah] Kekeluargaan

Pada zaman teknologi yang semakin canggih ini, secara tidak langsung kadang kala manusia lebih banyak memikirkan soal duniawi, soal masalah diri, keluarga dan persekitaran yang akan membawa ke arah penyakit yang lebih teruk, iaitu penyakit hati.

Penyakit ini seterusnya akan menyumbang kepada masalah rumah tangga, keruntuhan akhlak dan moral anak-anak serta kesan buruk terhadap diri sendiri apabila tidak berupaya untuk menenangkan perasaan.

Kesemua ini sebenanya berpunca daripada kerasukan apabila manusia itu sendiri sudah mula rosak, lalai daripada mengingati ALLAH SWT atau melakukan hal-hal yang terang dan nyata dilarang oleh ALLAH SWT. Maka, manusia itu telah mendedahkan dirinya untuk dikuasai oleh jin, iblis, syaitan dan ifrit. Pengaruh mereka ini akan mula masuk ke dalam badan manusia dan menguasai sehingga berupaya untuk hilang ingatan, hilang kemahuan dan kesedaran.

Kerasukan juga boleh berlaku tanpa sebab yang pasti dan ada kalanya terjadi disebabkan manusia itu menyimpang atau mengingkari perintah ALLAH SWT dan Rasulnya seperti ketika berada dalam keadaan marah yang keterlaluan, terlalu mengikut kehendak hawa nafsu, ketakutan yang melampau dan juga kemungkinan berada dalam keadaan terlalu gembira atau sedih.

Antara masalah-masalah yang kebiasaannya dihadapi oleh masyarakat zaman sekarang, tidak kira lapisan umur adalah :
- Masalah Rumah Tangga 
- Remaja Bermasalah 
- Malas Belajar 
- Hilang Keyakinan Diri 
- Tabiat Buruk Yang Sukar Dikikis 
- Stress & Selalu Beremosi 
- Fobia 
- Ketagihan Dadah 
- Ketagihan Rokok

Sumber Maklumat :
Seminar Membongkar Tipu Daya Jin, Iblis dan Syaitan oleh Pusat Rawatan Alternatif Islam Nursalam Al-Maliki, 15 Julai 2012, Masjid Putra, Putrajaya

[Masalah] Penyakit Dalaman Diri

Selain daripada berusaha untuk merawat masalah gangguan jin, in shaa ALLAH pihak kami juga menyediakan rawatan zahir untuk penyakit dalaman yang tika ini sering berlaku kepada lapisan masyarakat. 

Menurut Ibn Qayyum, penyakit-penyakit boleh dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu :
a) Penyakit yang datang (berpunca) daripada roh-roh yang jahat
b) Penyakit daripada persekitaran yang kotor.

Menurut Ibn Qayyum juga, penyakit badan asalnya bermula daripada hati yang berpenyakit. Tidaklah ALLAH SWT menjadikan penyakit hati kecuali dijadikan ubat untuk menyembuhkannya. Sekiranya pesakit mengetahui penyakit hati, lalu mengubatinya, nescaya penyakit badan akan sembuh.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sesungguhnya syaitan itu mengalir dalam tubuh anak Adam mengikut aliran darahnya." - Riwayat Bukhari dan Muslim.

Berikut merupakan antara penyakit yang akan kami cuba berusaha untuk menyembuhkannya dengan izin ALLAH SWT, berkat daripada penghayatan Tauhid, Al-Quran dan Doa yang dikurniakan-NYA. Maklumat lanjut tentang kesakitan yang anda alami, sila hubungi kami melalui telefon ataupun emel. :
- Darah Tinggi 
- Kencing Manis 
- Gout 
- Kegagalan Buah Pinggang
- Lemah Jantung 
- Gastrik 
- Ulser 
- Kanser

Sumber Maklumat :
Seminar Membongkar Tipu Daya Jin, Iblis dan Syaitan oleh Pusat Rawatan Alternatif Islam Nursalam Al-Maliki, 15 Julai 2012, Masjid Putra, Putrajaya